Wednesday, June 18, 2008

TiPs Bg yG BeRtUdUnG, jOm sEmAk!!!

TIPS MEMILIH TUDUNG

Wanita bertudung kini lebih berani memilih aneka fabrik dan jenis tudung untuk digayakan dalam apa juga acara seharian. Sama ada majlis rasmi, minum petang, makan malam, atau sekadar bersiar-siar, penggayaan tudung jangan sesekali diabaikan. Tampilkan kreativiti anda dengan penggayaan pelbagai jenis tudung ..
mari ikuti beberapa tips untuk memilih tudung bagi anda tampil lebih elegan dan bergaya.

Photobucket


1. Carilah tudung daripada jenis kain yang mudah dibentuk ketika memakainya seperti kain kapas dan kain bawal yang sesuai dipadankan dengan apa jua baju.

2. Bagi yang menggemari tudung kontemporari, pilihlah fabrik organza untuk lapisan luar bagi menggayakan fesyen bertudung al-Waheeda.


3. Sesekali pilihlah tudung berbunga besar, dipadankan dengan baju kurung atau kebaya yang berwarna garang dan polos.

4. Bagi baju yang mempunyai corak atau floral yang berwarna, pilih warna tudung yang paling sedikit yang terdapat pada baju.

5. Elakkan daripada memakai tudung sedondon dengan warna baju.

6. Pakailah tudung kosong yang berwarna cerah misalnya merah jambu, biru, kuning dan sebagainya. Warna ini akan menampakkan diri anda seorang yang ceria, lembut dan berkeyakinan tinggi.

7. Elakkan memakai tudung berwarna yang gelap dan kusam kerana ia akan menampakkan anda sudah berusia.

8. Bagi yang mempunyai muka bulat, elak daripada memakai tudung yang bercorak penuh kerana akan menampakkan wajah yang tidak terurus dan penuh. Sebaiknya pakailah tudung bercorak kecil.

9. Pastikan tudung dikemaskan di bawah kerongsang selepas pinkan tudung. Ini bagi mengelakkan lilitan tudung nampak menggelembung.


WARNA TUDUNG DIPADANKAN DENGAN BAJU


1. Warna pastel untuk semua salah pilih warna pastel, kita akan kelihatan 'jengkel' dengan apa jua pakaian yang digayakan.

2. Bagi yang mempunyai kulit kuning langsat, gayakan tudung dengan himpunan dari warna biru, lavender dan pink. Wajah nampak lebih menonjol dan terserlah. Elakkan warna hijau dan kuning kerana ia membuatkan wajah tampak kusam.
3. Bagi yang mempunyai warna kulit putih, gayakan tudung dengan warna hijau, ungu, dan lavender. Ia membuatkan wajah kelihatan lebih segar. Warna merah jambu akan membuat wajah bertambah pucat.

4. Kulit sawo matang sesuai dengan warna hijau dan kuning agar tampak lebih terang. Elakkan warna kelabu dan yang agak gelap, agar wajah tidak kelihatan kusam.



Tip Gaya

Kita adalah apa yang kita pakai

1. Pakaian yang kita sarungkan menunjukkan siapa diri kita.
2. Pakaian juga boleh menjadi ukuran lambang status seseorang.
3. Berpakaian dan bergayalah ikut keadaan dan tempat yang kita tuju.
4. Berhias ringkas supaya diri nampak kemas, bukannya dengan niat untuk menunjuk-nunjuk.
5. Pakaian muslimah adalah suatu ciri-ciri keistimewaan wanita islam.
6. Sekadar berpakaian tentu tidak akan sempurna jika tidak dilengkapkan dengan keperibadian dan akhlak yang baik.
7. Pakaian yang murah akan nampak mahal dan berharga sekiranya bijak digayakan.
8. Bergaya tidak bermakna perlu beli baju baru selalu, sebaliknya hanya perlu pandai suai padan.
9. Sekalipun menutup aurat tidak bermakna anda tidak boleh kelihatan cantik dan kemas.
10. Kunci kepada semua ini adalah bersederhana.





Kerongsang Si Pemanis Gaya

Kerongsang memang sinonim dengan wanita. Aksesori paling mudah menaikkan seri si pemakai. Tidak kira apa jenis dan bentuk jika pandai dipadan suai pada pakaian tentu anda tampil anggun dan berkeyakinan.